23.3.09

Lawatan YB EXCO Permodenana Pertanian.

Lawatan YB Ahli EXCO Permodenan Pertanian,Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri selangor ke sawah Projek Perintis Peningkatan Hasil Padi Negeri selangor.

Bilik Gerakan Projek Perintis

Lawatan YB EXCO Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan ke bilik gerakan diiringi oleh Pengarah Pertanian Negeri Selangor, Pengarah IADA Barat Laut Selangor, Ketua Komponan Pertanian IADA dan pegawai-pegawai dari agensi.

Lawatan YB EXCO pada 19/3/2009

Taklimat kepada YB EXCO Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor oleh Ketua Komponan mengenai perlaksanaan Projek Peningkatan Hasil Padi. Bersama sama sama YB EXCO adalah Pengarah Pertanian Negeri Selangor dan Pengarah IADA Barat LAut Selangor.

Penyeliaan Oleh Ketua Komponan IADA Barat Laut Selangor

Perbincangan dengan Ketua Komponan Pertanian mengenai kemajuan tindakan yang perlu dilakukan untuk kejayaan projek perintis.

21.3.09

Kursus / hand-on pada 16/3/09 - Penapakan pokok padi

Penerangan dan pengiraan anak pokok padi yang ditanam secara mengubah, untuk menentukan bilangan pokok serumpun adalah tidak kurang dari 15 pokok/rumpun semasa berumur 15 HLT. Pembajaan Urea boleh diberi pada peringkat ini untuk menambah bilangan anak pokok padi.
Pertunjukan kaedah mengira pokok padi dan petani ikut mengira anak pokok padi pada umur 7 HLT. 250 pokok/m2 perlu ada pada peringkat penapakan pokok. Kerja penyulaman perlu dilakukan sekiranya bilangan pokok kurang dari 250 pokok/m2. Kaedah pembajaan Urea semasa umur pokok padi 15-20 HLT boleh menambah bilangan anak pokok padi.
Penerangan diberi kepada petani mengenai kepentingan mengira bilangan penapakan pokok padi pada minggu pertama padi ditanam.

Tempoh penanaman padi

52 lot ditanam kaedah mengubah mula ditanam pada 1/3/09 dan siap pada 10/3/09. 50 lot ditanam kadah tabur terus mula ditanam pada 4/3/09 dan siap pada 12/3/09

8.3.09

PADI SBS: Sawah yang telah siap ditanam padi secara mengubah

PADI SBS: Sawah yang telah siap ditanam padi secara mengubah

Tiada air di palong

Palong di blok P10 juga kekeringan air. Pam diperlukan untuk membekal air ke palong untuk mengatasi masalah bekalan air sawah di blok P4 dan blok P10b.
Tarikh bekalan air ke kawasan ini ialah 1/3/09. Pada 7/3/09 di palong blok P4 air telah tiada, pada masa ini iaitu peringkat awal petanaman padi air amat diperlukan.

Air Berlebihan Selepas Menanam

Lot yang berlebihan air diperingkat minggu pertama penanaman, paras air mencapai 5-8cm dan mesti dikurangkan keparas 1-3cm. Paras air yang tinggi diperingkat awal akan menyebabkan pokok padi kurang anak dalam serumpun.

Sawah yang telah siap ditanam padi secara mengubah

Keadaan tanaman padi di sawah, sehari selepas kerja-kerja menanam padi secara mengubah, air akan dimasukan secara beransur ansur keparas 1-3cm pada minggu pertama penanaman untuk pemulihan pokok.

Penaman cara mengubah pada 7/3/09

Sehingga 7/3/09, 30 lot sawah telah ditanam secara mengubah dan 45 lot taburterus (keseluruhan 102 lot)

Benih Padi MR 219

Benih padi Sah MR219 yang sedia untuk ditabur, kadar benih 160kg/ha digunakan untuk kaedah tabur terus. Semaian anak padi sah MR219 yang sihat sahaja ditanam ke sawah, kadar benih adalah 250 dulang semaian satu hekter ( benih padi 250gm/dulang )

Penyediaan tanah kurang baik

Keadaan tanah yang terlalu kering dan struktur tanah kasar selepas bajak akhir. Struktur tanah yang kasar tidak sesuai untuk penanaman padi
Keadaan tanah yang tidak rata selepas pembajakan terakhir, air perlu dialirkan selepas biji benih padi ditabur untuk pertumbuhan biji benih yang seragam.

7.3.09

Keadaan tanah sawah yang baik dan sedia untuk kerja-kerja menanam padi dijalankan.

Kawalan Rumpai Pra Cambah

Kawalan rumpai menggunakan racun pracambah (sofit) sebelum menanam padi secara mengubah (Transplanter)

Membajak akhir menggunakan bajak pacu

Memasukan air sebelum kerja membajak, penyeliaan oleh pegawai pertanian kawasan atas kerja membajak akhir menggunakan bajak pacu untuk mendapatkan keadaan struktur tanah yang halus sebelum kerja menanam padi.

Padi tengelam

Pada 3/3/09, ada lot sawah yang telah ditanam padi secara mengubah ditengelami air disebabkan hujan lebat pada malam 2/3/09, air tidak boleh dialir keluar disebabkan air dalam parit saliran sama paras dengan air dalam sawah. Lot ini terletak di blok P10 dimana paras tanahnya lebih rendah berbanding lot sawah di blok P4 dan P16.

3.3.09

penanaman padi

Benih padi sah di rendam selama 24 jam dan ditus selama 24 jam untuk mendapatkan biji benih padi bercambah sebelum ditabur ke sawah