20.4.09

Kawalan Serangga

Petani menyembur racun kumia untuk mengawal tanaman padi daripada serangan ulat pengorek batang dan ulat pemakan daun padi. Burung-burung camar yang berterbangan pada waktu awal pagi menunjukan terdapat serangga disawah dan perlu periksa keadaan tanaman padi.

Serangan Perosak Tanaman Padi

Induk (kupu-kupu putih) ulat batang dan serangan ulat pengorek batang dikesan terdapat di sawah projek perintis. Tikus mula menyerang tanaman padi pada umur 40 hari . Kawalan bersepadu perlu dilakukan untuk mengurangkan kesan serangan keatas tanaman dan hasil padi.

Kawalan Rumpai

Terdapat petani lambat mengawal rumpai disawah yang menyebabkan saingan pada pertumbuhan pokok padi dan akan mengurangkan hasil padi. Tindakan segera mengawal rumpai perlu dilakukan untuk mengatasi saingan kepada pokok padi.

19.4.09

Pengairan sawah

Bekalan air di palong mencukupi untuk keperluan tanaman padi semasa

Membaja - 40 HLT

Petani menjalankan aktiviti pembajaan ketiga pada umur pokok padi 40 hari

Parit tengah sawah

Kawalan rumpai di batas sawah

Kebersihan persekitaran sawah daripada rumpai dapat mengurangkan serangan tikus dan serangga pada tanaman padi

40 HLT - Kaedah Transplanter

Tanaman padi yang subur dengan pengurusan tanaman yang sempurna

Lorong kerja

Lorong kerja dibuat pada lot sawah yang ditanam padi dengan kaedah tabur terus dengan jarak 5-6 meter antara lorong, lorong kerja memudahkan pengurusan sawah

Lambat menjalankan aktiviti menyulam

Pokok yang lewat disulam kurang mengeluarkan anak dan boleh menyebabkan hasil padi akan kurang

Menyulam

Aktiviti menyulam dilakukan di kawasan "missing point" yang banyak