25.2.09

PENYELIAAN KERJA

Penyeliaan oleh Pegawai Pertanian IADA EN Izwan, menyelia kerja perataan tanah dan perparitan sawah.

KAWALAN TIKUS

Kawalan tikus dilakukan pada 24.02.09 dengan mengumpan padi beracun tikus disemua lot sawah projek perintis t/a 10 Pasir Panjang. Kawalan tikus dilakukan sebelum penanaman padi dilakukan.

19.2.09

PROGRAM PERATAAN TANAH

Ketua Komponan Pertanian IADA Barat Laut Selangor menyelia kerja-kerja perataan tanah dan perparitan sawah yang dilakukan.
Kerja-kerja perataan tanah dilakukan dalam keadaan kering dan diselia oleh pemilik sawah.

PERATAAN TANAH SAWAH

Bacaan aras tanah sawah diambil sebelum kerja perataan tanah dilakukan.

PERPARITAN SAWAH

Parit tepi dan parit tengah adalah penting untuk pengurusan air sawah, air cepat dialir keluar apabila buah padi telah masak, tanah akan cepat kering dan lapisan keras tanah sawah akan cepat dibentuk.

MESYUARAT AJK KERJA BIL.2 PADA 12.02.2009

Mesyuarat AJK Kerja pada 12.02.09 di Balai JKKK Pt 11 Pasir Panjang. Ahli-ahli yang hadir adalah Pegawai-pegawai dari PPK Pasir Panjang, Pusat Kejenteraan LPP, JPS, Ketua-ketua Blok,JKKK, Pegawai Jabatan Pertanian. Mesyuarat memutuskan semua agensi yang terlibat akan memberi kerjasama sepenuhnya begi memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksana dengan lancar. Dua kaedah penanaman iaitu Tabur Terus (50 lot) dan Mengubah (52 lot).

BILIK GERAKAN PROJEK

Balai JKKK Parit 11 Ban 2, akan dijadikan Bilik Gerakan Projek Perintis Peningkatan Hasil Padi Taliair 10

PENYEDIAAN TANAH

Tunggul padi diracun dan dibakar setelah tunggul telah kering. Tunggul dan jerami dibakar untuk membuat penyediaan tanah baik sebelum penanaman padi.

3.2.09

AKTIVITI PENGURUSAN SAWAH

Program aktiviti yang dirancang untuk kaedah penanaman padi secara tabur terus bagi musim penanam 1/2009
Perancangan aktiviti Pengurusan sawah untuk penanaman padi menggunakan 'Transplanter'

PELAN LOKASI PROJEK PERINTIS T/A 10

2.2.09

PENYEDIAAN TAPAK PROJEK

Kerja-kerja meracun kawasan sawah dilakukan oleh petani untuk penyediaan tanah sawah yang baik sebelum penanaman

MAJLIS PENERANGAN KEPADA PESERTA PROJEK PADA 29.01.2009

Majlis penerangan kepada peserta projek perintis peningkatan Hasil Padi T/A 10 Pasir Panjang. Majlis penerangan dihadiri oleh Pegawai Penyelia JPS, Pegawai Unit Perlindungan Tanaman Sg Burung, JKKK, Ketua Blok dan pegawai pertanina kawasan Pasir Panjang.

PARIT SALIRAN

Parit saliran perlu di bersihkan untuk memudahkan pengaliran air keluar sawah semasa petani menabur benih padi.

PENYELIAAN KAWASAN SEBELUM PENANAMAN PADI

perbincngan dengan Ketua Komponan IADA Barat Laut Selangor pada 20.1.2009 mengenai sumber air di TAPP5 Pasir Panjang. Lawatan ke tapak projek perintis oleh Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Selangor pada 22.01.2009. Tarikh menanam kawasan Taliair 10 akan bermula pada 1/3/2009.