7.5.09

Pengedaran racun kulat - Nativo

Petani yang hadir kursus 1/2 hari menerima racun kulat Nativo keluaran Beyar Crop. untuk kawalan penyakit bintik perang, hawar seludang dan reput tangkai tanaman padi.

7/5/2009 - Kursus Pembajaan dan Kawalan penyakit

Kursus pembajaan di sampaikan oleh pegawai Jabatan Pertanian (en.Ismail Othman) sementara kursus kawalan pinyakit tanaman padi disampaikan wakil syarikat Beyar Crop (en. Julaihi)
Kehadiran petani seramai 60 orang dalam kusus 1/2 hari yang diadakan untuk menambah kefahaman kepada petani mengenai pengursan pembajaan dan kawalan penyakit tanaman padi.

5/5/2009 - Kawalan musun dan penyakit padi

Semburan racun serangga untuk mengawal ulat pengorek batang dan penyakit bintik perang.

Papan Tanda Aktiviti Pengurusan Sawah

Pemasangan papan kenyataan aktiviti sawah sebagai Kawalan Kualiti pengurusan sawah oleh petani bagi setiap lot sawah projek perintis.

5/5/2009- Membaja Ke 3 (55 HLT)

Pembajaan kali ketiga semasa umur padi 55 HLT(Hari Lepas Tanam) untuk mempastikan pembentukan tangkai panjang dan banyak bilangan biji setangkai.

30/04/2009-Kawalan Musuh dan Penyakit

Latihan hands-on dan semburan bersepadu kawalan ulat pengorek batang dan penyakit bintik perang tanaman padi diperingkat umur pokok padi 45-50 hari